Saturday, December 27, 2008

Malam minggu yang bosan

Malam minggu yang boring, badan pun rasa letih ni. Nasib baik kakak dan famili ada disini. Kakak Zahrah lak dah balik 'cengeng'. Gf pun nun jauh disana...Bosannnn...

Tuesday, December 23, 2008

Breaking News

A brand new kitchen cabinet in da' house y'all.

Aku cakap kat emak, mesti mak suka kan dapat cabinet baru.Tapi mak cakap takde la,biasa je.Eleh..dalam hati siapa tahu kan..

Thursday, December 11, 2008

Lapar!!!

Semalam, lepas balik dari kerja perut terasa lapar sangat...

"mak ada makan tak?"
"mana ade,mak baru je balik"
"aduh, saya lapar ni"

Kepala aku dah bertambah pening ni dek terasa lapar sangat. Tukar je baju aku terus keluar...

"tah nak pergi mana?"
"nak pergi kedai makan"
"nanti jap, ayah nak pergi sekali"

Huu..aku masuk balik. Mak yang seakan tidur aku kejut..

"mak, jom pergi makan"
"emm..nanti mak siap jap"
"cepat le, saya dah lapar ni"

"kacang cepat la siap"

Di Desa Cempaka, kami makan di gerai. Kononnya ayah nak cuba 'kue teow' kat situ. 3 char kue teow 1 kue teow goreng. Semuanya tak sedap.. Aku lak order nasi goreng cina. Owh ye 2 char kue teow aku habiskan..huhu..lapar beb! Belum pernah dalam sejarah aku makan nasi goreng cina rasa pedas. Aduh..dah sah peniaga tu tak tahu membezakan nasi goreng cina dengan nasi goreng kampung kot. Teh O ais pun tak rasa ape,cuma rasa air gula je. Milo ais pun cair rasa susu. Selesai je makan, suruh la kira..pun salah gak. 4 kue teow, 1 nasi goreng cina, 1 teh o ais,1 milo ais, 2 air suam harganya RM28.20. Apa lagi, ayah suruh budak tu kira semula. Harga sebenar RM18.20. Dalam kereta je ayah tak puas hati, diajaknya kami pergi makan roti nan..huhu.. Al-Salam la jawabnya..

Wednesday, December 3, 2008

Rahsia


Dilihat pandang sama-sama segan dan silu
Dua hati kini telah bertemu
Berbual di telefon tak pernah jemu
Berbalas mesej tak pernah jemu
Sampai mata kuyu tapi masih disitu
Tiada siapa yang tahu
Sudah lama kita berahsia
Tapi..

Rahsia.. takkan jadi rahsia lagi


Ku bermimpi tentang kamu
Orang bertanya..”dia temanmu?”
Ku hanya tersenyum malu
Duduk bersimpuh senyumannya sungguh ayu
Bersamanya nyata aku tidak keliru
Ku sungguh teruja
Mungkinku bermimpi
Tidak
Itu realiti
Sejoli bagai merpati terbang kesana kesini
Ku bersumpah hanya dia ku cintai

Biar apa yang dibicara
Walau halus tuturnya
Namun setiap baris
Bagai pena yang menulis tanpa nota

Biar tak bercakap
Tapi sentiasa mendengar
Biar pun lena
Tapi sentiasa tersedar
Walaupun jauh tapi terasa dekat
Dekat dimana
Dekat dihati

Rahsia.. takkan jadi rahsia lagi

Sshh.. ini rahsia
Dengarkan seloka dilamun cinta
Ada seorang gadis namanya rahsia
Lenggang lenggok meletop gayanya
Siapa terpandang cair dibuatnya
Tapi ini sshh.. rahsia
Sungguh molek pulau sipadan
Nampak gaya macam sepadan
Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia yang dapat
Buai tinggi-tingi sampai hujung sana
Apa dalam baju sekuntum bunga cina
1 2 jus 1 2 jus
Burung batu air
Siapa kalah dia yang kena
Sshh rahsia
Sshh ini rahsia


Rahsia.. takkan jadi rahsia lagi..


Tuesday, December 2, 2008

Satu Perjalanan

Ok.keluar dari rumah,belok kiri kemudian kiri lagi.Jalan terus sampai simpang empat masuk kiri.Berhenti di 'traffic light' (kalau merah la),kemudian masuk ke kanan jalan utama.Terus je (sebelah kanan ada stesen petrol Esso) sampai jumpa bulatan (roundabout).Disini ada dua pilihan,yang pertama pukul 12 dan kedua pukul 9.Biasanya pukul 9,terus sahaja sampai jumpa simpang tiga kemudian belok kanan dan terus (kiri dan kanan ada kawasan perumahan) sehingga penghujung jalan sampai jumpa simpang tiga.Dari situ belok kanan dan terus sahaja sehingga jumpa 'traffic light' yang kedua,belok kiri kemudian terus lagi dan akan melalui sebuah pekan.Jangan berhenti selagi tidak ketemu dengan 'traffic light' yang kedua.Dari simpang empat....kekanan pusing!!!Kehijauan bumi menyedapkan mata memandang ketika menyusuri jalan ini.Jangan sesekali menoleh kekiri walaupun sesaat,buruk padahnya (dah banyak kali kemalangan berlaku jika tidak fokus kekita memandu dijalan ini).Jalan terus sampai jumpa simpang tiga dan belok kiri.Kemudian terus sahaja (sebelah kiri,Sepang International Circuit dan kanan Petronas) sampai ketemu dengan bulatan.Ambil pukul tiga dan terus sehingga melepasi dua 'traffic light' dan belok kiri.Ha..dah sampai pun kat opis aku ni...

Monday, November 24, 2008

Breaking News

Balik je dari opis, mak cakap ada orang amik gambar rumah. Sebenarnya jiran kat belakang rumah nampak ada orang yang mencurigakan amik gambar. Bila dia nak kejar je orang tu cabut. Huuu...Danger!!! Be ALERT!!!

Owh ye, mak pun dah semakin pulih dari traumanya, alhamdulillah.

Friday, November 7, 2008

Trauma

Dua hari lepas rumah aku dimasuki ular.Entah dari mana datangnya ular tu..pelik gak,selama ni tak pernah ada lak.Mungkin dugaan ALLAH s.w.t...Dapur pun sekarang ni tak berasap lagi,ni semua gara-gara ular tu le.Nak dimarah tak faham lak..emm..sabar je la.

Wednesday, November 5, 2008

Ada`Ular

Huu..aku tengah on the way ke office ni tiba-tiba je mak call...

"tah kat mana?"
"nak gi opis la ni"
"mak takut ni"
"takut kenapa lak"

Aku terfikir ada orang pecah masuk rumah
"mak takut ada ular"
"ha,camne lak ada ular,mak kat mana ni?"
"kat depan,mak nampak kat belakang tadi"
"owh ok,nanti saya balik"
"mak takut ni"
"ye mak tunggu nanti saya balik"

Huu..memang betul ada ular terselit kat belakang almari.Camne nak buat ek?

Thursday, October 23, 2008

Biodata Book

Nama : Abdul Fatah bin Md Hanafiah
Umur : 12 tahun
Hobi : Main games
Makanan/minuman kegemaran : Nasi Ayam/Milo Ais


'Biodata Book', masa aku disekolah rendah dulu selalu gak aku dapat buku yang berhias,mengerlip,cantik dan meletop ni.Selalunya budak perempuan le yang buat benda-benda macam ni.Macam tu la(atas) lebih kurang apa yang aku tulis dalam buku tu.Sekarang ni takde lagi biodata book,jadi sebagai gantinya timbul la Myspace,Friendster,Facebook dan banyak lagi.Kalau korang yang masih teringat biodata book ni mesti boleh tengok balik apa yang kawan-kawan korang tulis dalam buku tu.Huhu..

Wednesday, September 24, 2008

Apa nak jadi ni?

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 24 berpuasa.Kurang dari seminggu lagi kita semua akan beraya.Raya adalah hari kemenangan untuk umat islam yang berpuasa.Puasa beb,tapi kenapa ada je yang tak berpuasa?

Kerja di kargo banyak membuka mataku terutama dibulan ramadhan.Masa inilah kawan-kawan bukan islam menjadi kawan yang paling rapat.Makan minum ditanggung beres.Terasa kesal juga bila kawan-kawan yang aku kenal tidak berpuasa.Jadi apa guna raya untuk mereka?Tepuk dada tanya selera.

Monday, September 15, 2008

Zam Zam

Buat pertama kali (seingat aku la),hari ini aku berbuka puasa dengan minum air Zam Zam.Ayah sudah pulang dari umrah..alhamdulillah.Saban hari aku berdoa semoga ayah selamat pergi dan selamat sampai.

Ok,cerita mengenai air zam zam ni,lepas balik dari menjemput ayah tadi,mak dengan selambanya menyuruh aku minum air tu.

"ape mak ni,kan puasa"
"ya Allah,mak dah terminum tadi"

Haha ape la mak ni,mungkin terlampau dahaga ataupun terlampau rindu sangat dengan ayah..haha..macam-macam la mak ni.Owh ye ayah ada belikan aku jubah,cool beb!

Thursday, September 11, 2008

Sofea

Hai budak kecil ni..dari dia dah boleh merangkak sampai la dah boleh berjalan sekarang ni,dia sentiasa didepan mataku.Entah kenapa malam ni teringat kat dia je.Agaknya minggu depan tak dapat lagi tengok dia tersengih nampak gigi sebatang dua tu yang asyik teringat je..Harap-harap dia ok la kat sekolah baru tu..

Wednesday, September 10, 2008

Terawih?

Dulu masa aku kecil (kalau tak silap masa tu umur aku 11 atau 12 tahun),Ramadhan lah yang paling best.Masa tu la aku dapat keluar malam tak seperti hari-hari biasa.Emak memberi kebenaran untuk aku menunaikan terawih di surau.Ape lagi beb,peluang jangan ditolak.

Di surau,belum pun habis raka'at pertama terawih,aku dengan kawan-kawan keluar main mercun.huhu..dulu-dulu memang senang nak beli mercun.Kekadang tu buat sendiri pun ada,siap boleh main perang lagi.hehehe..

Sedang asyik dengan main mercun,tengok jam dah dekat pukul 10 malam,ape lagi semua pun berhenti.nak tahu kenapa?...kami pergi semula ke surau untuk menjamu selera (more)..Lepas je more aku bergegas balik ke rumah buat kerja sekolah.Itu pun ada yang tak siap sebab terlalu penat.

Monday, September 8, 2008

Tentang Emak

Sakit sini sakit sana
Tidur tak pernah lena
9 bulan aku dikandungnya
Tiba masa berjihad melahirkan
Menitis air matanya mendengar tangisan
Mata sepet macam cina dalam dakapan
Dengar sini dengar sana
Tentang emak ku bercerita
Bukan mitos bukan rekaan
Pena menari buat kenangan


Ku perlukanmu
Ku sayang kamu
Mana mungkin hidup tanpamu

Tanya.. mana ibu tak sayang anak
Walaupun kecil diajak berborak
Tak pernah mengeluh membesarkan kami beranak
Kasih sayangnya tak bisa dirompak
Bunyi nyamuk buatnya tak senang
Ambil semburan marah bukan kepalang
Kelambu dipasang buat anak tersayang
Tidur lena hatinya terasa lapang

Ku perlukanmu
Ku sayang kamu
Mana mungkin hidup tanpamu
Biar teman silih berganti
Tapi..hanya kau yang satu

Pada satu masa kita ada sengketa
Ikut kata hati buat ku buta
Acapkali kata-katamu ku ingkar
Buat tak endah ku main langgar
Dah jenuh berkali-kali dia berpesan
Masuk kanan keluar kiri tiada kesan
Sebat cubit hanya balasan pengajaran
Arrhh isyhh jangan dilafazkan
Pilu hatinya tiada siapa perasan


Ku perlukanmu
Ku sayang kamu
Mana mungkin hidup tanpamu

Anak-anak tiada beda
Kasih sayang sama saja
Pusatmu pusatku jua
Haha.. itu hanya gurau senda
Usik mengusik kita sama-sama ketawa
Ketawa jangan sampai pecah perut sudahlah
Yang ku sanjung yang ku sayang dialah...
Segalanya...haha
LOVE!!!


Saturday, September 6, 2008

Puasa

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari keenam berpuasa.Ramadhan kali ini aku terasa semacam puas berpuasa,entah kenapa tak dapat aku terangkan disini.Terasa lagi sedikit kelainan kali ini,ayah mengerjakan umrah bersama sepupunya.

Sunday, August 31, 2008

Merdeka 51 tahun

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Sunday, August 24, 2008

Miss trip to HK/Shenzhen

Arrghhh..aku baru je lepas tengok gambar mak dan adik gi HK..huuu rugi rasanya aku tak dapat ikut mereka.

Wednesday, August 13, 2008

akan datang
'Tentang Emak'

Miss 1st Game??

Glory Glory Man Utd!!! Laungan ini pasti menjadi sebutanku sepanjang 9 bulan akan datang.Ahad ni Manchester United akan bertemu Newcastle dalam EPL 2008/09.C'mon Man Utd!!! Tapi rasanya aku tak dapat tengok siaran langsung.Aduh..belum pernah aku miss pembukaan EPL.Kenapa aku tak dapat tengok..lu fikir la sendiri..hehehe..

Saturday, August 9, 2008

C'mon Man Utd

Esok Manchester United akan bertemu Portsmouth untuk perlawanan pembuka tirai EPL (Community Shield).Cristiano Ronaldo kekal di United,itu berita gembira untuk semua peminat United.Masih lagi tiada player baru dibawa masuk,United tetap yakin mempertahankan EPL dan cuba untuk menjuarai CL buat kali keempat dalam sejarah United(yang ketiga untuk Alex Ferguson)

Kepada semua peminat United,musim ini kita pasti Champions again!!!

C'mon Man Utd!!

Friday, August 8, 2008

'TENTANG EMAK'
DITUNDA KE SATU TARIKH
YANG BELUM DITETAPKAN

Sunday, August 3, 2008

'TENTANG EMAK'
9 OGOS 2008
NANTIKANNYA!!

Ada Hantu

Sejak kebelakangan ni ramai kawan-kawan ditempat kerja bercerita tentang hantu.Ada yang kena kacau sewaktu bekerja ditengah malam.Kebetulan kat office ada cctv,jadi aku cuba-cuba la tengok kalau-kalau nampak benda tu (cam seekers lak).Tapi malang, sedikit pun aku tak nampak.Huu ni yang malas kerja sampai malam ni..takutt!!

Cerita tentang hantu ni,aku pernah ada pengalaman ternampak benda tu..ceritanya macam ni, waktu tu aku masih lagi tinggal di Puchong,rumah lama kami.Aku dibilik bawah sedang bermain computer games.Kalau tak silap dalam pukul 2 pagi,aku leka je melayan games tu (meja lak dekat dengan tingkap).Sedang leka bermain,aku terdengar pula anjing menyalak (huu memang lain macam je aku rasa malam tu).Aku buat tak tau je la bila dah dengar anjing menyalak tu.Aku masih meneruskan pemainan tapi dengan tak sengaja aku terpandang ke tingkap,punya la terperanjatnya aku bila tenampak benda putih sedang begerak.Aku tak fikir itu kucing kerana kucing tak macam tu.Apa lagi,tanpa menutup computer aku terus je lari keluar bilik.Kebetulan abang tidur diruang tamu,apa lagi aku tarik selimut dia terus aku selubung..huu aku betul-betul menggeletar (sambil tu aku tak lupa baca ayat Kursi).Lama juga aku nak tidur,asyik terfikir tentang tu je..Selepas tu aku sedar-sedar je dah pagi..Bangun je dari tidur terus aku bercerita pada mak.

Harap-harap aku tak nampak benda tu lagi.

Tuesday, July 29, 2008

NANTIKAN
'TENTANG EMAK'
9 OGOS 2008

Dimana Khadija?

Setiap pagi selepas bangun tidur aku mesti menjenguk kebawah memerhati Khadija sedang tidur dan kadangkala mak ada disebelahnya pun tidur sama.Tapi pagi tadi bila aku menjenguk kebawah,Khadija takde tapi mak ada la..hehe..Terasa rindu pula dengan tangisan dan gelaknya..hai Khadija...

Dari mula dia merangkak dan semalam aku dapat melihat satu keajaiban dimana Khadija sudah pandai berdiri sendiri (agak lama juga).hehe terasa seronok lak tengok dia berdiri.Hai bila la dia nak datang kerumah?Rindu banget!

Thursday, July 17, 2008

Durian!!!

Huu malam ni aku lepak kat rumah ucu lagi.Dah jadi habit dalam seminggu tu mesti satu hari lepak kat sini.Kebetulan ucu beli durian...alamak durian?? Dengar je durian aku jadi tak keruan,nak je melompat pergi..(cam dlm citer jumper lak).

"Mak dah siap ke?"
"Jap la"
"Ucu ada beli durian, cepat la mak"

Durian memang la kesukaan aku.Tapi yang peliknya aku tak suka tempoyak.Ape ke he nye?

Owh kome durian dah berbunge
Mari kite minang anak dara

Anak dara??hehe...
Teringat lak pasal kahwin...arrgghh jangan!!!

Kahwin?

Cakap je pasal kahwin,huu semua orang nak..siapa yang taknak tapi..mesti ada tapi..ye la kalau nak kahwin mesti perlukan duit yang banyak..pasal tu ada tapi..tapi..tapi..tapi.Entahlah sampai bila 'tapi' tu tak digunakan.

Mak dan ayah asyik bertanya bila lagi nak kahwin.Mana taknya, aku selalu sangat keluar dengan makwe.Tu yang mak suruh kahwin cepat.Bila difikirkan betul juga apa yang mak cakap tu tapi (hehehe) duit pun belum cukup mak,macam mana nak kahwin.Ikut hati esok juga aku kahwin!

"Duit takde hati mahu kahwin"
Huuuuarrrghhh!

Monday, July 7, 2008

Lepak di Rumah Ucu

Malam ni takde buat ape-ape pun,boring lak duk rumah.Tiba-tiba teringat kat ucu:

"Assalamualaikum, ucu kat mana?"
"Baru lepas tol bangi nak balik"
"Buat apa pergi sana?"
"Pergi klinik, pakcu demam"
"La ye ke?"
"Kau kat mana?"
"Kat rumah la"
"Dah makan?"
"Belum lagi"
"Meh la sini"
"Ok gak tu, ucu makan kat Tapah ke?"
"Ye la kot, datang je la"
"Ok, nanti sampai"
"Emm..ok"

Aku terus je mandi. Sampai je kat BSP,terus singgah makan kat mamak dengan ucu dan family(kakak je takde,belajar kat Terengganu).

Friday, July 4, 2008

Baby Sitter

Huu hari ni aku jadi baby sitter.Ceritanya macam ni,mak dan ayah perlu menghadiri kenduri kahwin,jadi Puteri Khadija Sofea (anak kedua kakak)aku yang kena jaga.Tapi tak lama sangat pun,tunggu kakak balik kerja.Oh ye aku terpaksa ambil half day kerja semata-mata nak jaga Khadija ek.

Ok,mak dan ayah dah pergi,tinggal aku dan khadija je.Sebenarnya masa mak tengah bersiap,Khadija cantik je tidur.Tiba-tiba dia terkejut dengar bunyi bising,huu menangis la jawabnya.Aku punya la susah nak pujuk,mak dengan senang buat dia senyap.Itulah penangan seorang ibu.Sekarang tugas aku pula jaga si Khadija ni.Huu tak berhenti menangis,aku dukung dia senyap.Aik takkan lama sangat nak dukung dia ni (dah la aku demam).Cuba lak duduk,dia menangis lagi.Aku bagi makan biskut,senyap sekejap.Tak lama kemudian mula lak dia merengek,aku cuba bagi susu yang mak sediakan dia tolak.Apa yang dia nak pun aku tak tau (alangkah bagusnya kalau aku boleh faham bahasa dia),senang gak aku buat dia senyap.

Sedang aku duduk atas kerusi dengan Khadija yang masih lagi merengek,kebetulan daddy nya balik,huu selamat.Bila daddy dia ambil je senyap lak budak ni.Entah la bagi aku budak kecil macam tu tak boleh dimanjakan sangat sampai nak berenggang dengan ibunya pun susah.Tapi yang penting hari ni aku dapat lagi satu pengalaman jadi baby sitter walaupun sekejap.

Wednesday, July 2, 2008

Jin dan Saka

Semenjak abang dapat baby ni ramai je yang datang melawat.Cik Ina jiran belakang rumah kalau tak silap dah 2 3 kali datang.Cik Ina ni jiran yang paling best pernah aku jumpa.Malam tadi dia datang bersama dengan suami dan anaknya,kakngah.Kebetulan abang order pizza,emm ape lagi langkah kanan lah.Penuh satu meja(coffee table)dengan pizza."Jemput semua makan"...

Seperti biasa ayah dan abang Rosli(suami cik Ina) mesti bersembang lama.Cik Ina dan kakngah lak lepak depan tv sambil bermain dengan baby.Sekejap-sekajap dengar Cik Ina dan mak ketawa,ade je benda yang melucukan.Aku lak duduk mendengar ayah dan abang Rosli bersembang.

Jin dan saka,huu ni mesti dengar.Naik meremang bulu roma dengar mereka bercerita.Masing-masing bertukar-tukar cerita sama ada pengalaman sendiri atau cerita-cerita yang mereka dengar.Aku yang mendengar ni sampai mengantuk tapi kutahan jebat,asalkan dapat dengar cerita-cerita best.

"Dulu masa sekolah asrama,dah la asrama jauh dari pekan,nak adventure lagi diorang buat asrama dekat hutan.Ada satu malam tu memang tak boleh tidur,kami pun main bola kat padang.Agak dah penat kami pun berhenti main.Nak dijadikan cerita ada lah kawan ni dalam pukul 2 pagi boleh pula dia main bola seorang diri di padang.Habis tu panggil lah bomoh pi ubat dia ni.Rupa-rupanya dia ni main dengan anak jin.Kata bomoh ni masa tengah main bola,dia ni ada la tersepak anak jin ni,tu yang dia kena main dengan anak jin jam 2 pagi.huu pelik!Sudah tu bomoh ni terpaksa la bincang dengan jin ni lepaskan budak ni,alhamdulillah dilepaskanlah".Itulah yang diceritakan oleh abang Rosli(macam tak boleh percaya tetapi ini memang benar).

Dunia ni memang banyak mistiknya,terpulang kepada kita nak percaya atau tidak.Yang paling penting kita harus percaya Allah itu esa dan Muhammad persuruhNya.

Monday, June 30, 2008

Di Terminal

Jumaat,27 Jun jam 5 petang aku pergi ke terminal dari tempat kerja untuk berjumpa dengan kakak Zahrah buat kali terakhir (boleh jumpa lagi jikalau dia pulang bercuti).Fatimah Az-zahrah anak kedua dari lima beradik adalah anak ucu (makcikku).Dia diterima belajar di UiTM Terengganu.Kebetulan berdekatan dengan tempat kerjaku,aku fikir sempat juga kalau nak berjumpa.

Di terminal, aku sampai lebih awal dari mereka (pakcu dan ucu serta anak-anaknya turut ikut sama).Nak dijadikan cerita tiket yang pakcu tempah untuk kakak telah terlepas lebih 3 jam lepas (waktu di terminal,5.30 ptg).Sebenarnya pakcu tempah pukul 8 malam tapi nama kakak diasingkan(aduh silap beb).Jadi terpaksalah pakcu menempah tiket untuk kakak,kebetulan nama kakak diletak dalam senarai menunggu(huh..trouble). Ucu pun dah risau (kesian lak aku tengok).

7.20 petang,selepas makan kami semua ke kaunter bagi mengesahkan ada tak lagi kekosongan untuk kakak (kalau takde,salah seorang anak ucu kena mengalah,dalam hal ni Baqir yang kena).Alhamdulillah 5 minit kemudian nama kakak dipanggil.huu aku pun lega sama seperti ucu.Tahniah untuk kakak.


Join Vinefire!