Tuesday, December 2, 2008

Satu Perjalanan

Ok.keluar dari rumah,belok kiri kemudian kiri lagi.Jalan terus sampai simpang empat masuk kiri.Berhenti di 'traffic light' (kalau merah la),kemudian masuk ke kanan jalan utama.Terus je (sebelah kanan ada stesen petrol Esso) sampai jumpa bulatan (roundabout).Disini ada dua pilihan,yang pertama pukul 12 dan kedua pukul 9.Biasanya pukul 9,terus sahaja sampai jumpa simpang tiga kemudian belok kanan dan terus (kiri dan kanan ada kawasan perumahan) sehingga penghujung jalan sampai jumpa simpang tiga.Dari situ belok kanan dan terus sahaja sehingga jumpa 'traffic light' yang kedua,belok kiri kemudian terus lagi dan akan melalui sebuah pekan.Jangan berhenti selagi tidak ketemu dengan 'traffic light' yang kedua.Dari simpang empat....kekanan pusing!!!Kehijauan bumi menyedapkan mata memandang ketika menyusuri jalan ini.Jangan sesekali menoleh kekiri walaupun sesaat,buruk padahnya (dah banyak kali kemalangan berlaku jika tidak fokus kekita memandu dijalan ini).Jalan terus sampai jumpa simpang tiga dan belok kiri.Kemudian terus sahaja (sebelah kiri,Sepang International Circuit dan kanan Petronas) sampai ketemu dengan bulatan.Ambil pukul tiga dan terus sehingga melepasi dua 'traffic light' dan belok kiri.Ha..dah sampai pun kat opis aku ni...

No comments:

Join Vinefire!