Monday, November 24, 2008

Breaking News

Balik je dari opis, mak cakap ada orang amik gambar rumah. Sebenarnya jiran kat belakang rumah nampak ada orang yang mencurigakan amik gambar. Bila dia nak kejar je orang tu cabut. Huuu...Danger!!! Be ALERT!!!

Owh ye, mak pun dah semakin pulih dari traumanya, alhamdulillah.

Friday, November 7, 2008

Trauma

Dua hari lepas rumah aku dimasuki ular.Entah dari mana datangnya ular tu..pelik gak,selama ni tak pernah ada lak.Mungkin dugaan ALLAH s.w.t...Dapur pun sekarang ni tak berasap lagi,ni semua gara-gara ular tu le.Nak dimarah tak faham lak..emm..sabar je la.

Wednesday, November 5, 2008

Ada`Ular

Huu..aku tengah on the way ke office ni tiba-tiba je mak call...

"tah kat mana?"
"nak gi opis la ni"
"mak takut ni"
"takut kenapa lak"

Aku terfikir ada orang pecah masuk rumah
"mak takut ada ular"
"ha,camne lak ada ular,mak kat mana ni?"
"kat depan,mak nampak kat belakang tadi"
"owh ok,nanti saya balik"
"mak takut ni"
"ye mak tunggu nanti saya balik"

Huu..memang betul ada ular terselit kat belakang almari.Camne nak buat ek?