Tuesday, July 29, 2008

NANTIKAN
'TENTANG EMAK'
9 OGOS 2008

Dimana Khadija?

Setiap pagi selepas bangun tidur aku mesti menjenguk kebawah memerhati Khadija sedang tidur dan kadangkala mak ada disebelahnya pun tidur sama.Tapi pagi tadi bila aku menjenguk kebawah,Khadija takde tapi mak ada la..hehe..Terasa rindu pula dengan tangisan dan gelaknya..hai Khadija...

Dari mula dia merangkak dan semalam aku dapat melihat satu keajaiban dimana Khadija sudah pandai berdiri sendiri (agak lama juga).hehe terasa seronok lak tengok dia berdiri.Hai bila la dia nak datang kerumah?Rindu banget!

Thursday, July 17, 2008

Durian!!!

Huu malam ni aku lepak kat rumah ucu lagi.Dah jadi habit dalam seminggu tu mesti satu hari lepak kat sini.Kebetulan ucu beli durian...alamak durian?? Dengar je durian aku jadi tak keruan,nak je melompat pergi..(cam dlm citer jumper lak).

"Mak dah siap ke?"
"Jap la"
"Ucu ada beli durian, cepat la mak"

Durian memang la kesukaan aku.Tapi yang peliknya aku tak suka tempoyak.Ape ke he nye?

Owh kome durian dah berbunge
Mari kite minang anak dara

Anak dara??hehe...
Teringat lak pasal kahwin...arrgghh jangan!!!

Kahwin?

Cakap je pasal kahwin,huu semua orang nak..siapa yang taknak tapi..mesti ada tapi..ye la kalau nak kahwin mesti perlukan duit yang banyak..pasal tu ada tapi..tapi..tapi..tapi.Entahlah sampai bila 'tapi' tu tak digunakan.

Mak dan ayah asyik bertanya bila lagi nak kahwin.Mana taknya, aku selalu sangat keluar dengan makwe.Tu yang mak suruh kahwin cepat.Bila difikirkan betul juga apa yang mak cakap tu tapi (hehehe) duit pun belum cukup mak,macam mana nak kahwin.Ikut hati esok juga aku kahwin!

"Duit takde hati mahu kahwin"
Huuuuarrrghhh!

Monday, July 7, 2008

Lepak di Rumah Ucu

Malam ni takde buat ape-ape pun,boring lak duk rumah.Tiba-tiba teringat kat ucu:

"Assalamualaikum, ucu kat mana?"
"Baru lepas tol bangi nak balik"
"Buat apa pergi sana?"
"Pergi klinik, pakcu demam"
"La ye ke?"
"Kau kat mana?"
"Kat rumah la"
"Dah makan?"
"Belum lagi"
"Meh la sini"
"Ok gak tu, ucu makan kat Tapah ke?"
"Ye la kot, datang je la"
"Ok, nanti sampai"
"Emm..ok"

Aku terus je mandi. Sampai je kat BSP,terus singgah makan kat mamak dengan ucu dan family(kakak je takde,belajar kat Terengganu).

Friday, July 4, 2008

Baby Sitter

Huu hari ni aku jadi baby sitter.Ceritanya macam ni,mak dan ayah perlu menghadiri kenduri kahwin,jadi Puteri Khadija Sofea (anak kedua kakak)aku yang kena jaga.Tapi tak lama sangat pun,tunggu kakak balik kerja.Oh ye aku terpaksa ambil half day kerja semata-mata nak jaga Khadija ek.

Ok,mak dan ayah dah pergi,tinggal aku dan khadija je.Sebenarnya masa mak tengah bersiap,Khadija cantik je tidur.Tiba-tiba dia terkejut dengar bunyi bising,huu menangis la jawabnya.Aku punya la susah nak pujuk,mak dengan senang buat dia senyap.Itulah penangan seorang ibu.Sekarang tugas aku pula jaga si Khadija ni.Huu tak berhenti menangis,aku dukung dia senyap.Aik takkan lama sangat nak dukung dia ni (dah la aku demam).Cuba lak duduk,dia menangis lagi.Aku bagi makan biskut,senyap sekejap.Tak lama kemudian mula lak dia merengek,aku cuba bagi susu yang mak sediakan dia tolak.Apa yang dia nak pun aku tak tau (alangkah bagusnya kalau aku boleh faham bahasa dia),senang gak aku buat dia senyap.

Sedang aku duduk atas kerusi dengan Khadija yang masih lagi merengek,kebetulan daddy nya balik,huu selamat.Bila daddy dia ambil je senyap lak budak ni.Entah la bagi aku budak kecil macam tu tak boleh dimanjakan sangat sampai nak berenggang dengan ibunya pun susah.Tapi yang penting hari ni aku dapat lagi satu pengalaman jadi baby sitter walaupun sekejap.

Wednesday, July 2, 2008

Jin dan Saka

Semenjak abang dapat baby ni ramai je yang datang melawat.Cik Ina jiran belakang rumah kalau tak silap dah 2 3 kali datang.Cik Ina ni jiran yang paling best pernah aku jumpa.Malam tadi dia datang bersama dengan suami dan anaknya,kakngah.Kebetulan abang order pizza,emm ape lagi langkah kanan lah.Penuh satu meja(coffee table)dengan pizza."Jemput semua makan"...

Seperti biasa ayah dan abang Rosli(suami cik Ina) mesti bersembang lama.Cik Ina dan kakngah lak lepak depan tv sambil bermain dengan baby.Sekejap-sekajap dengar Cik Ina dan mak ketawa,ade je benda yang melucukan.Aku lak duduk mendengar ayah dan abang Rosli bersembang.

Jin dan saka,huu ni mesti dengar.Naik meremang bulu roma dengar mereka bercerita.Masing-masing bertukar-tukar cerita sama ada pengalaman sendiri atau cerita-cerita yang mereka dengar.Aku yang mendengar ni sampai mengantuk tapi kutahan jebat,asalkan dapat dengar cerita-cerita best.

"Dulu masa sekolah asrama,dah la asrama jauh dari pekan,nak adventure lagi diorang buat asrama dekat hutan.Ada satu malam tu memang tak boleh tidur,kami pun main bola kat padang.Agak dah penat kami pun berhenti main.Nak dijadikan cerita ada lah kawan ni dalam pukul 2 pagi boleh pula dia main bola seorang diri di padang.Habis tu panggil lah bomoh pi ubat dia ni.Rupa-rupanya dia ni main dengan anak jin.Kata bomoh ni masa tengah main bola,dia ni ada la tersepak anak jin ni,tu yang dia kena main dengan anak jin jam 2 pagi.huu pelik!Sudah tu bomoh ni terpaksa la bincang dengan jin ni lepaskan budak ni,alhamdulillah dilepaskanlah".Itulah yang diceritakan oleh abang Rosli(macam tak boleh percaya tetapi ini memang benar).

Dunia ni memang banyak mistiknya,terpulang kepada kita nak percaya atau tidak.Yang paling penting kita harus percaya Allah itu esa dan Muhammad persuruhNya.
Join Vinefire!