Thursday, May 21, 2009

Samseng jalan raya

Dulu mat rempit, sekarang ni samseng jalan raya. Aku rasa letaklah nama apa pun, mereka bukan tahu nak berhenti. Bertambah samsenglah 'mat rempit' ni.

Monday, April 27, 2009

Takziah

Takziah buat Khairul Shahmi diatas pemergian ibunya ke rahmatullah. Aku turut bersedih diatas pemergian ibunya.Aku pun dah lama sangat tak berjumpa dengannya.Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengannya dan kebetulan ibunya juga pernah menjadi guru mengaji ketika masih kecil dulu.Takziah juga buat keluarganya dan semoga Allah swt menempatkannya ditempat orang-orang yang dikasihiNya, insya'allah.

Sunday, April 26, 2009

Berasap...

Kerajaan menyarankan rakyat supaya berhenti merokok tapi orang yang merokok ni mana boleh berhenti sekelip mata.Sepatutnya kerajaan buat kempen kurangkan merokok.Ade sekali tu aku pergi ke Pos Malaysia berdekatan dengan opis.Kebetulan ade nak buat clearance disitu,aku pun berurusanlah dengan pegawai kastam.Nak dijadikan cerita boleh lak pegawai kastam ni dengan selambanya merokok,kalau kat luar boleh dimaafkan la tapi kat dalam bangunan.Dah la ada urusan rasmi.Beginikah sikap pegawai kastam???Nak tambah lagi,rasa-rasanya kerajaan dah buat kempen larangan merokok ditempat awam dan kalau ditangkap kena denda.So macam mana kita nak denda pegawai kastam ni ek?

Wednesday, April 22, 2009

Bila tak boleh lupa....

Sekarang ni aku semakin marah dengan mat rempit.Ada sekali tu bila nak pergi opis,ade mat rempit accident.Padan muka dia, semua ayat-ayat yang (tak boleh aku keluarkan kat sini) keluar,sumpah seranah semuanya ada.Nadia pun dah banyak kali ingatkan jangan cakap macam tu tapi aku sentiasa teringat tentang side mirror tu.Arrrgggghhhhhh!!!

Wednesday, April 15, 2009

Mereka tak pernah sedar

Arrrghh...siapa yang tak bengang kalau side mirror kereta dilanggar mat rempit.Nasib baik tak patah beb!lepas tu boleh lak blah camtu je,takde ke nak minta maaf ke say sorry ke ape ke.Dia ingat kereta tu bapak dia punya ke...hampehhh!

Monday, March 2, 2009

Al-kisah

4 pagi..
"tah bangun"
"kenapa mak"
"pakcu tepon tadi, dia ckp Ghazi kemalangan"
"ha! Kat mana?"
"entah, tapi pakcu nak suruh tolong hantar Ain ke airport"
"bila?"
"flight pukul 6 pagi"
"emm..ok saya mandi dulu"

4.10pagi..
"ucu tepon tadi, dia cakap tak yah hantarAin"
"kenapa pulak"
"Pakcu yang hantar,tapi kita pergi la tengok gak"
"emm..ok mak cepat la mandi"

4.30pagi..(rumah ucu)
aku rasa tak perlu panjangkan cerita kerana Ghazi pun ok

Saturday, February 28, 2009

Bunga di taman...

Esok ada sesuatu yang penting bakal berlaku, aku berharap semuanya berjalan dengan lancar.

Wednesday, February 11, 2009

So...looonggg

Hai kawan-kawan,sedara mara yang dah lama tak baca blog ni , sori le kerna tak sempat update.Insya'allah jika ada kesempatan aku update ek... coming out soon... NiCE...so tunggu ek..

Peringatan

Kepada blogger-blogger diluar sana,beringatlah setiap tulisan anda sentiasa tersebar dimerata dunia.Jadi jangan cuba menggunakan unsur-unsur hasutan atau ayat-ayat lucah atau kedua-duanya sekali.Ingat tu...

Monday, January 12, 2009

Bantu Palestin

514105320501 Akaun Maybank. Hulurkan bantuan anda dengan menderma. Dengan sedikit bantuan mungkin kita boleh membantu mereka yang menderita di Palestin. USA akan membekalkan alatan perang ke Israel. Mari bersama kita bekalkan doa ke Palestin kerana itu sahaja yang kita mampu.

Thursday, January 8, 2009

Boycott U.S.A

Wahai saudara-saudaraku.... Hentikan dari mengguna barangan yang diimport dari U.S.A. Say no more to HOLLYWOOD MOVIES
antara produk-produk milik/penyokong Yahudi:
McD,Starbucks,Colgate,Maggi,Coca Cola,CNN,Nestle,Johnson&Johnson,KitKat,Huggies

Saturday, January 3, 2009

Pindah Rumah

Bukan aku yang pindah tapi...
Kakak pindah ke rumah yang berdekatan dengan sekolah anaknya (Aisya dan Sofea). Penat angkat barang pun tak hilang lagi ni.Huu kalau ada sesiapa yang sudi picit,Alhamdulillah!! Nampaknya kakak dah semakin jauh dari kami. Boleh dikatakan abang tinggal dekat dengan kakak. Apa-apa hal abang boleh tengokkan. Makin rindu le kat Sofea.
Join Vinefire!