Sunday, August 3, 2008

Ada Hantu

Sejak kebelakangan ni ramai kawan-kawan ditempat kerja bercerita tentang hantu.Ada yang kena kacau sewaktu bekerja ditengah malam.Kebetulan kat office ada cctv,jadi aku cuba-cuba la tengok kalau-kalau nampak benda tu (cam seekers lak).Tapi malang, sedikit pun aku tak nampak.Huu ni yang malas kerja sampai malam ni..takutt!!

Cerita tentang hantu ni,aku pernah ada pengalaman ternampak benda tu..ceritanya macam ni, waktu tu aku masih lagi tinggal di Puchong,rumah lama kami.Aku dibilik bawah sedang bermain computer games.Kalau tak silap dalam pukul 2 pagi,aku leka je melayan games tu (meja lak dekat dengan tingkap).Sedang leka bermain,aku terdengar pula anjing menyalak (huu memang lain macam je aku rasa malam tu).Aku buat tak tau je la bila dah dengar anjing menyalak tu.Aku masih meneruskan pemainan tapi dengan tak sengaja aku terpandang ke tingkap,punya la terperanjatnya aku bila tenampak benda putih sedang begerak.Aku tak fikir itu kucing kerana kucing tak macam tu.Apa lagi,tanpa menutup computer aku terus je lari keluar bilik.Kebetulan abang tidur diruang tamu,apa lagi aku tarik selimut dia terus aku selubung..huu aku betul-betul menggeletar (sambil tu aku tak lupa baca ayat Kursi).Lama juga aku nak tidur,asyik terfikir tentang tu je..Selepas tu aku sedar-sedar je dah pagi..Bangun je dari tidur terus aku bercerita pada mak.

Harap-harap aku tak nampak benda tu lagi.

No comments:

Join Vinefire!