Monday, April 27, 2009

Takziah

Takziah buat Khairul Shahmi diatas pemergian ibunya ke rahmatullah. Aku turut bersedih diatas pemergian ibunya.Aku pun dah lama sangat tak berjumpa dengannya.Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengannya dan kebetulan ibunya juga pernah menjadi guru mengaji ketika masih kecil dulu.Takziah juga buat keluarganya dan semoga Allah swt menempatkannya ditempat orang-orang yang dikasihiNya, insya'allah.

Sunday, April 26, 2009

Berasap...

Kerajaan menyarankan rakyat supaya berhenti merokok tapi orang yang merokok ni mana boleh berhenti sekelip mata.Sepatutnya kerajaan buat kempen kurangkan merokok.Ade sekali tu aku pergi ke Pos Malaysia berdekatan dengan opis.Kebetulan ade nak buat clearance disitu,aku pun berurusanlah dengan pegawai kastam.Nak dijadikan cerita boleh lak pegawai kastam ni dengan selambanya merokok,kalau kat luar boleh dimaafkan la tapi kat dalam bangunan.Dah la ada urusan rasmi.Beginikah sikap pegawai kastam???Nak tambah lagi,rasa-rasanya kerajaan dah buat kempen larangan merokok ditempat awam dan kalau ditangkap kena denda.So macam mana kita nak denda pegawai kastam ni ek?

Wednesday, April 22, 2009

Bila tak boleh lupa....

Sekarang ni aku semakin marah dengan mat rempit.Ada sekali tu bila nak pergi opis,ade mat rempit accident.Padan muka dia, semua ayat-ayat yang (tak boleh aku keluarkan kat sini) keluar,sumpah seranah semuanya ada.Nadia pun dah banyak kali ingatkan jangan cakap macam tu tapi aku sentiasa teringat tentang side mirror tu.Arrrgggghhhhhh!!!

Wednesday, April 15, 2009

Mereka tak pernah sedar

Arrrghh...siapa yang tak bengang kalau side mirror kereta dilanggar mat rempit.Nasib baik tak patah beb!lepas tu boleh lak blah camtu je,takde ke nak minta maaf ke say sorry ke ape ke.Dia ingat kereta tu bapak dia punya ke...hampehhh!