Friday, July 4, 2008

Baby Sitter

Huu hari ni aku jadi baby sitter.Ceritanya macam ni,mak dan ayah perlu menghadiri kenduri kahwin,jadi Puteri Khadija Sofea (anak kedua kakak)aku yang kena jaga.Tapi tak lama sangat pun,tunggu kakak balik kerja.Oh ye aku terpaksa ambil half day kerja semata-mata nak jaga Khadija ek.

Ok,mak dan ayah dah pergi,tinggal aku dan khadija je.Sebenarnya masa mak tengah bersiap,Khadija cantik je tidur.Tiba-tiba dia terkejut dengar bunyi bising,huu menangis la jawabnya.Aku punya la susah nak pujuk,mak dengan senang buat dia senyap.Itulah penangan seorang ibu.Sekarang tugas aku pula jaga si Khadija ni.Huu tak berhenti menangis,aku dukung dia senyap.Aik takkan lama sangat nak dukung dia ni (dah la aku demam).Cuba lak duduk,dia menangis lagi.Aku bagi makan biskut,senyap sekejap.Tak lama kemudian mula lak dia merengek,aku cuba bagi susu yang mak sediakan dia tolak.Apa yang dia nak pun aku tak tau (alangkah bagusnya kalau aku boleh faham bahasa dia),senang gak aku buat dia senyap.

Sedang aku duduk atas kerusi dengan Khadija yang masih lagi merengek,kebetulan daddy nya balik,huu selamat.Bila daddy dia ambil je senyap lak budak ni.Entah la bagi aku budak kecil macam tu tak boleh dimanjakan sangat sampai nak berenggang dengan ibunya pun susah.Tapi yang penting hari ni aku dapat lagi satu pengalaman jadi baby sitter walaupun sekejap.

No comments: