Friday, October 19, 2012

Tiga tahun tanpa update

Salam kepada semua, agak lama (terlalu lama sebenarnya) tak update, bila tengok update yang lepas, wow dah 3 tahun. Masa berlalu terlalu pantas, aku pun dah bernikah dan dikurniakan seorang anak lelaki 'Ammar Rifqi'. Sudah hampir menjengah ke 9 bulan usianya, Ammar semakin besar dan semakin aktif, Alhamdulillah atas kurniaan Allah S.W.T dikurniakan anak yang comel (mesti la bapak ngaku anaknya comel...kan). Ok, aku ada plan untuk tukar nama blog dan yang lain-lain, tengah memerah idea (apa ko ingat macam kain boleh perah... haha). Persoalannya sekarang, blog ni ada ke orang baca..haha..(takpe ini adalah lemparan atau muntahan fikiran dari idea aku yang tak seberapa untuk aku realisasikan dalam bentuk penulisan). Sampai berjumpa di update seterusnya (moga-moga lahirlah idea baru)