Monday, June 30, 2008

Di Terminal

Jumaat,27 Jun jam 5 petang aku pergi ke terminal dari tempat kerja untuk berjumpa dengan kakak Zahrah buat kali terakhir (boleh jumpa lagi jikalau dia pulang bercuti).Fatimah Az-zahrah anak kedua dari lima beradik adalah anak ucu (makcikku).Dia diterima belajar di UiTM Terengganu.Kebetulan berdekatan dengan tempat kerjaku,aku fikir sempat juga kalau nak berjumpa.

Di terminal, aku sampai lebih awal dari mereka (pakcu dan ucu serta anak-anaknya turut ikut sama).Nak dijadikan cerita tiket yang pakcu tempah untuk kakak telah terlepas lebih 3 jam lepas (waktu di terminal,5.30 ptg).Sebenarnya pakcu tempah pukul 8 malam tapi nama kakak diasingkan(aduh silap beb).Jadi terpaksalah pakcu menempah tiket untuk kakak,kebetulan nama kakak diletak dalam senarai menunggu(huh..trouble). Ucu pun dah risau (kesian lak aku tengok).

7.20 petang,selepas makan kami semua ke kaunter bagi mengesahkan ada tak lagi kekosongan untuk kakak (kalau takde,salah seorang anak ucu kena mengalah,dalam hal ni Baqir yang kena).Alhamdulillah 5 minit kemudian nama kakak dipanggil.huu aku pun lega sama seperti ucu.Tahniah untuk kakak.


No comments:

Join Vinefire!