Wednesday, December 3, 2008

Rahsia


Dilihat pandang sama-sama segan dan silu
Dua hati kini telah bertemu
Berbual di telefon tak pernah jemu
Berbalas mesej tak pernah jemu
Sampai mata kuyu tapi masih disitu
Tiada siapa yang tahu
Sudah lama kita berahsia
Tapi..

Rahsia.. takkan jadi rahsia lagi


Ku bermimpi tentang kamu
Orang bertanya..”dia temanmu?”
Ku hanya tersenyum malu
Duduk bersimpuh senyumannya sungguh ayu
Bersamanya nyata aku tidak keliru
Ku sungguh teruja
Mungkinku bermimpi
Tidak
Itu realiti
Sejoli bagai merpati terbang kesana kesini
Ku bersumpah hanya dia ku cintai

Biar apa yang dibicara
Walau halus tuturnya
Namun setiap baris
Bagai pena yang menulis tanpa nota

Biar tak bercakap
Tapi sentiasa mendengar
Biar pun lena
Tapi sentiasa tersedar
Walaupun jauh tapi terasa dekat
Dekat dimana
Dekat dihati

Rahsia.. takkan jadi rahsia lagi

Sshh.. ini rahsia
Dengarkan seloka dilamun cinta
Ada seorang gadis namanya rahsia
Lenggang lenggok meletop gayanya
Siapa terpandang cair dibuatnya
Tapi ini sshh.. rahsia
Sungguh molek pulau sipadan
Nampak gaya macam sepadan
Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia yang dapat
Buai tinggi-tingi sampai hujung sana
Apa dalam baju sekuntum bunga cina
1 2 jus 1 2 jus
Burung batu air
Siapa kalah dia yang kena
Sshh rahsia
Sshh ini rahsia


Rahsia.. takkan jadi rahsia lagi..


3 comments:

faty said...

rahsia..
bkan rahsia lgi dh..
pndai berpuisi...
sdap ayt tu..
heheh..my love ye..

arein said...

waa....
puitis btol...
hehehe

Fadhilah Rozley said...

amboi...
tbe2 bley jdi puitis sungguh..
hahah!!