Thursday, December 11, 2008

Lapar!!!

Semalam, lepas balik dari kerja perut terasa lapar sangat...

"mak ada makan tak?"
"mana ade,mak baru je balik"
"aduh, saya lapar ni"

Kepala aku dah bertambah pening ni dek terasa lapar sangat. Tukar je baju aku terus keluar...

"tah nak pergi mana?"
"nak pergi kedai makan"
"nanti jap, ayah nak pergi sekali"

Huu..aku masuk balik. Mak yang seakan tidur aku kejut..

"mak, jom pergi makan"
"emm..nanti mak siap jap"
"cepat le, saya dah lapar ni"

"kacang cepat la siap"

Di Desa Cempaka, kami makan di gerai. Kononnya ayah nak cuba 'kue teow' kat situ. 3 char kue teow 1 kue teow goreng. Semuanya tak sedap.. Aku lak order nasi goreng cina. Owh ye 2 char kue teow aku habiskan..huhu..lapar beb! Belum pernah dalam sejarah aku makan nasi goreng cina rasa pedas. Aduh..dah sah peniaga tu tak tahu membezakan nasi goreng cina dengan nasi goreng kampung kot. Teh O ais pun tak rasa ape,cuma rasa air gula je. Milo ais pun cair rasa susu. Selesai je makan, suruh la kira..pun salah gak. 4 kue teow, 1 nasi goreng cina, 1 teh o ais,1 milo ais, 2 air suam harganya RM28.20. Apa lagi, ayah suruh budak tu kira semula. Harga sebenar RM18.20. Dalam kereta je ayah tak puas hati, diajaknya kami pergi makan roti nan..huhu.. Al-Salam la jawabnya..

1 comment: