Wednesday, July 2, 2008

Jin dan Saka

Semenjak abang dapat baby ni ramai je yang datang melawat.Cik Ina jiran belakang rumah kalau tak silap dah 2 3 kali datang.Cik Ina ni jiran yang paling best pernah aku jumpa.Malam tadi dia datang bersama dengan suami dan anaknya,kakngah.Kebetulan abang order pizza,emm ape lagi langkah kanan lah.Penuh satu meja(coffee table)dengan pizza."Jemput semua makan"...

Seperti biasa ayah dan abang Rosli(suami cik Ina) mesti bersembang lama.Cik Ina dan kakngah lak lepak depan tv sambil bermain dengan baby.Sekejap-sekajap dengar Cik Ina dan mak ketawa,ade je benda yang melucukan.Aku lak duduk mendengar ayah dan abang Rosli bersembang.

Jin dan saka,huu ni mesti dengar.Naik meremang bulu roma dengar mereka bercerita.Masing-masing bertukar-tukar cerita sama ada pengalaman sendiri atau cerita-cerita yang mereka dengar.Aku yang mendengar ni sampai mengantuk tapi kutahan jebat,asalkan dapat dengar cerita-cerita best.

"Dulu masa sekolah asrama,dah la asrama jauh dari pekan,nak adventure lagi diorang buat asrama dekat hutan.Ada satu malam tu memang tak boleh tidur,kami pun main bola kat padang.Agak dah penat kami pun berhenti main.Nak dijadikan cerita ada lah kawan ni dalam pukul 2 pagi boleh pula dia main bola seorang diri di padang.Habis tu panggil lah bomoh pi ubat dia ni.Rupa-rupanya dia ni main dengan anak jin.Kata bomoh ni masa tengah main bola,dia ni ada la tersepak anak jin ni,tu yang dia kena main dengan anak jin jam 2 pagi.huu pelik!Sudah tu bomoh ni terpaksa la bincang dengan jin ni lepaskan budak ni,alhamdulillah dilepaskanlah".Itulah yang diceritakan oleh abang Rosli(macam tak boleh percaya tetapi ini memang benar).

Dunia ni memang banyak mistiknya,terpulang kepada kita nak percaya atau tidak.Yang paling penting kita harus percaya Allah itu esa dan Muhammad persuruhNya.

No comments: