Setiap pagi selepas bangun tidur aku mesti menjenguk kebawah memerhati Khadija sedang tidur dan kadangkala mak ada disebelahnya pun tidur sama.Tapi pagi tadi bila aku menjenguk kebawah,Khadija takde tapi mak ada la..hehe..Terasa rindu pula dengan tangisan dan gelaknya..hai Khadija...
Dari mula dia merangkak dan semalam aku dapat melihat satu keajaiban dimana Khadija sudah pandai berdiri sendiri (agak lama juga).hehe terasa seronok lak tengok dia berdiri.Hai bila la dia nak datang kerumah?Rindu banget!
Huu malam ni aku lepak kat rumah ucu lagi.Dah jadi habit dalam seminggu tu mesti satu hari lepak kat sini.Kebetulan ucu beli durian...alamak durian?? Dengar je durian aku jadi tak keruan,nak je melompat pergi..(cam dlm citer jumper lak).
"Mak dah siap ke?" "Jap la" "Ucu ada beli durian, cepat la mak"
Durian memang la kesukaan aku.Tapi yang peliknya aku tak suka tempoyak.Ape ke he nye?
Owh kome durian dah berbunge Mari kite minang anak dara
Anak dara??hehe... Teringat lak pasal kahwin...arrgghh jangan!!!
Cakap je pasal kahwin,huu semua orang nak..siapa yang taknak tapi..mesti ada tapi..ye la kalau nak kahwin mesti perlukan duit yang banyak..pasal tu ada tapi..tapi..tapi..tapi.Entahlah sampai bila 'tapi' tu tak digunakan.
Mak dan ayah asyik bertanya bila lagi nak kahwin.Mana taknya, aku selalu sangat keluar dengan makwe.Tu yang mak suruh kahwin cepat.Bila difikirkan betul juga apa yang mak cakap tu tapi (hehehe) duit pun belum cukup mak,macam mana nak kahwin.Ikut hati esok juga aku kahwin!
Malam ni takde buat ape-ape pun,boring lak duk rumah.Tiba-tiba teringat kat ucu:
"Assalamualaikum, ucu kat mana?" "Baru lepas tol bangi nak balik" "Buat apa pergi sana?" "Pergi klinik, pakcu demam" "La ye ke?" "Kau kat mana?" "Kat rumah la" "Dah makan?" "Belum lagi" "Meh la sini" "Ok gak tu, ucu makan kat Tapah ke?" "Ye la kot, datang je la" "Ok, nanti sampai" "Emm..ok"
Aku terus je mandi. Sampai je kat BSP,terus singgah makan kat mamak dengan ucu dan family(kakak je takde,belajar kat Terengganu).